ayuesuleiman.blogspot

Sunday, March 17, 2013

happy monthsary :)

may all our dream come true
moga hubungan kita kekal selamanya
stay with me always!
I LOVE YOU TOO MUCH





MSNMS




[ ukhwah fillah abadan abada..InsyaAllah ]

Thursday, February 28, 2013

Ya Rabb



1- فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (١٢٥)سورة الأنعام [7 kali]

Ertinya: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. ۝

2- قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (٢٥) سورة طه [7 kali]

Ertinya: Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. ۝

3- أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِنْ رَبِّهِ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ أُولَئِكَ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ (٢٢) سورة الزمر [7 kali]

Ertinya: Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. ۝

4- أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (١) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (٢) لَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (٣) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٥) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٦) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (٧) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ (٨) سورة الشرح [7 kali]

Ertinya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? ۝ Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); ۝ Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? ۝ Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? ۝ Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, ۝ (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. ۝ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), ۝ Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). ۝
[ ukhwah fillah abadan abada..InsyaAllah ]

Wednesday, February 27, 2013

my girl






EVERLASTINGSAYANGSKU



GENGHANG SAYANGSKU


SHARODZIANS



[ ukhwah fillah abadan abada..InsyaAllah ]

Monday, February 25, 2013

kata-kata hikmah


  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  • Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.
  • Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak
  • Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.
  • Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.
  • Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.
  • Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.
  • Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
  • Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.
  • Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
  • Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
  • Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
  • Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.





[ ukhwah fillah abadan abada..InsyaAllah ]

Wednesday, February 20, 2013

sedih

tiba2 aku rasa sedih sgt. aku tak nak jauh dari kawan2 aku. aku sayang dorang. tolonglah paham perasaan aku gak. ke aku yg kene move sorang2, then tak ade pihak yg akan kecik hati ngan aku. cenggitu ke?? aku tak tahu cam mana skang ni. aku tak tau ape yg terbaik utk aku skang nii. haihh. patutnya aku yg kene pk masak2 an. sbb semua ni keputusan aku. aku yg berhak tentukan ape yg terbaik utk diri aku. tabahlah ayue!
[ ukhwah fillah abadan abada..InsyaAllah ]

ayuhhhh! motivate diri !



Alhamdulillah. masih dipanjang kan umur & merasai nikmat2 kurniaan Ilahi. 
so, terasa nak motivate diri dgn quote2 kat bawah niiii :)


yeahh! just be yourself okay.
usaha maju jayaaaa. cehhh :)
fighting!!!


memandang kan aku pelajah ijazah sarjana muda BM221 >insurans<
so, kata2 nii mmg kene tepat kat diri sendiri. hehe :)
RISK IS EVERYWHERE. please take note!


Ya Rabb, rasa kata kata ni seolah olah menunjuk2 kat diri aku. please change ayue!
aku tak boleh rasa yg aku ada kat zon yg selesa. betul tuu! so, work harder to be a 'special'.
yeahh! chaiyokk3!


WORK HARD!


And the lastly is, MOVE ON ayue!
InsyaAllah, I'll try my best for the future. 

Thank you Allah for everythings, for every nikmat2 yg telah aku rasai.
Alhamdulillah.



[ ukhwah fillah abadan abada..InsyaAllah ]

sakit mata

hemmm hemm hemm. pagi2 lagi aku dah macam xde mood. sebab ape?? sebab mata aku. nape dgn mata aku? mata belah kiri aku ada tembel. you know what thats??
so, ihsan encik google, I found it, ini lah yg dikatakan tembel. huuuu. sebijik okay macam yg aku kene now niii. syafakillah.


encik google

Tembel adalah benjoran merah lunak yang terkadang timbul di dasar atau dalam idep (bulu mata), atau bahkan juga di dalam mata.Hal ini karenainfeksi Kelenjar Sebasea dari Zeisyang terjadi di dasar suatu bulu mata.Hal ini juga mungkin karena infeksikelenjar Keringat ApocrineHal ini jugamungkin karena hasil dari Infeksikelenjar minyak di kelopak matatersebut. Hal ini juga dikenal sebagai Hordeolum. Infeksi ini berbahaya di alam dan itu berlangsung selama waktu yang singkat seperti 7 sampai 10 hari.
Infeksi ini tidak dapat diatasi dengan pengobatan apapun. Infeksi ini disebabkan oleh Bakteristafilokokus. Ini mungkin terjadi karena penyumbatan kelenjar minyak sekitar Bulu mata atau jugabisa disebabkan ketika seseorang mengalami stres.

Haaaaa. so macam ni lah yg aku kene skang niii. hemmm hemmm. Doakan lah moga cepat sembuh penyakit ni. cuti sem dah nak habis, baru nak muncul segala penyakit yeee. iyee, aku redha. mohon ni je lah sekali aku kene. dah rasa sakit dah kat bahagian bawah mata niii. okay, tuu je nak ngadu. 

May Allah ease everythings.

‎"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)

"bersabarlah dalam menghadapi penyakit sesungguhnye penyakit itu penghapus dosa"
hadis qudsi
 
"tiada penyakit yang Allah jadikan yang tiada ubatnya kecuali mati"




[ ukhwah fillah abadan abada..InsyaAllah ]